300+ Contoh Soalan Ujian UKCG 2025

Adakah anda mencari contoh soalan UKCG? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik UKCG dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.


Apa Itu Ujian UKCG?

Untuk pengetahuan anda, UKCG merupakan singkatan daripada Ujian Kelayakan Calon Guru. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang pendidik ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini.

Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.


Format Soalan UKCG


Berdasarkan kepada ujian UKCG yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikologi. Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan atau empat pilihan jawapan seperti:

Bahagian A:

Ya atau tidak.

Betul atau salah.

Wajar atau tidak wajar.


Bahagian B:

Sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju.


Dan ada juga soalan yang mempunyai tempat kosong. Anda sebagai calon perlu mengisi tempat kosong itu bersesuaian dengan pendirian anda sendiri. Nanti saya tunjukkan contoh soalan dekat bawah nanti.

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian online kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon.

Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi temuduga dijalankan.



Apa Yang Dinilai Dalam UKCG?

Berdasarkan kepada soalan UKCG yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kesabaran dan impati seseorang calon. Seorang guru yang baik perlu mempunyai kesabaran dalam membantu murid memahami isi pelajaran.

Calon juga perlu memahami bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Jadi mereka perlu bersikap empati dan fleksibel dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Contoh soalan: Sebagai guru, saya percaya bahawa pendekatan pengajaran yang paling berkesan adalah dengan memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.

A. Wajar
B. Tidak wajar


Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui UKCG ialah tahap inspiratif dan motivatif seseorang calon. Seorang guru yang baik mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada murid untuk minat dengan pembelajaran.

Calon perlu menunjukkan contoh positif, memberikan galakan, dan membuat murid berasa bermotivasi untuk mencapai potensi penuh mereka. Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap inspiratif dalam diri individu.

Contoh soalan: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan.
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya.


Selain daripada cuba mencungkil jiwa seorang pendidik, UKCG juga berfungsi untuk mencungkil kesesuaian seseorang calon itu dengan sesuatu subjek yang bakal dia ajar. Contohnya seperti soalan di bawah ini.

Contoh soalan: Semasa rakan sejawat saya rehat, saya menggunakan komputernya dan memberitahu selepas dia kembali.

A. Wajar
B. Tidak wajar


Sama ada anda memilih jawapan ‘wajar’ ataupun ‘tidak wajar’, kedua-dua jawapan ini bakal mencerminkan bagaimanakah personaliti anda yang sebenar.

Jika anda memilih jawapan ‘wajar’, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah sikap fleksibel dan boleh bertindak secara spontan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Suka kepada kebebasan dalam bertindak.
  • Suka buat dulu kemudian merancang.

Dalam konteks pendidikan, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah pendidikan seni, muzik, sastera, atau sains sosial. Di mana subjek-subjek ini bersifat subjektif, lebih bebas dan tak ada jawapan salah ataupun betul.

Jika anda memilih jawapan ‘tidak wajar’ pula, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah perilaku yang suka merancang dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Tertib dan suka mengikut perancangan.
  • Suka merancang sebelum menjalankan tugas.

Dalam konteks pendidikan pula, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah matematik, sains dan sejarah. Di mana subjek-subjek ini bersifat fakta dan mempunyai jawapan betul dan salah.


Contoh Soalan UKCG

Walaupun soalan UKCG ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar.

Manakala soalan UKCG lebih terfokus kepada jawatan seorang guru itu sendiri. Kebanyakan soalan yang ditanya berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru, murid, sekolah, integriti dan juga minat seseorang calon.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam UKCG nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang guru yang dicari oleh pihak kementerian.



15 Contoh Soalan UKCG Terkini

Di bawah ini merupakan 15 contoh soalan UKCG yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Apabila murid saya membuat kesilapan, saya biasanya ______.

A. menerangkan kesilapan dan membantu mereka memahami
B. menunjukkan cara yang betul dan meminta mereka mengulanginya


Soalan 2: Apabila seorang murid menghadapi masalah dalam memahami konsep, saya biasanya mengulangi penjelasan dengan cara yang sama.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 3: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ______.

A. menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya
B. mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama


Soalan 4: Saya merasa tugas utama saya sebagai guru adalah untuk mendidik, bukan hanya untuk mengajar.

A. Ya
B. Tidak


Soalan 5: Semasa mengajar, kadangkala saya bimbang keberkesanan pengajaran saya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 6: Saya merasa tidak selesa apabila seorang rakan sekerja menggunakan alat dan sumber sekolah untuk kepentingan peribadi.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 7: Semua budak adalah nakal dan hanya hukuman berat dapat menghalang mereka melanggar disiplin sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 8: Saya rasa tidak perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang diadakan selepas waktu sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 9: Apabila saya berjaya menangkap murid merokok di kawasan sekolah, saya akan ______.

A. melaporkannya kepada guru besar
B. berbicara secara peribadi dengan murid tersebut


Soalan 10: Saya merasa selesa untuk mengambil risiko dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran baru.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 11: Saya rasa tidak perlu memberi tumpuan kepada pembangunan personaliti murid selagi mereka mencapai keputusan akademik yang baik.

A. Wajar
B. Tidak Wajar


Soalan 12: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya


Soalan 13: Cara yang lebih berkesan untuk membantu muridnya membentuk konsep kendiri positif ialah ____.

A. membantu dan memberi nasihat
B. memberi galakan dan membimbing


Soalan 14: Seorang guru sepatutnya mengetahui latar belakang setiap muridnya

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju


Soalan 15: Seorang guru tidak sepatutnya berinteraksi dengan murid di luar waktu sekolah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju


Tips Lulus Ujian UKCG

Salah satu cara untuk lulus dalam UKCG ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan UKCG ini menfokuskan kepada personaliti seorang pendidik dan kesesuaian personaliti seseorang dengan subjek.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang pendidik dan personaliti yang terarah kalau nak lulus ujian ini.


Koleksi 300 Soalan UKCG

Dalam ebook koleksi 300 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan UKCG ini.


Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Penutup

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…