Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.

Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.

A. Ya
B. Tidak

Ini merupakan soalan psikometrik yang pernah ditanya pada ujian sebelum ini. Kiranya soalan ini set soalan lama. Untuk soalan terbaru, saya perasan soalan ini dah tak ditanya.

Saya menerima banyak feedback daripada calon sendiri tentang soalan ini. Ada calon yang bersetuju, dan ada calon yang tak setuju.

Calon yang bersetuju mengatakan soalan ini nak uji sama ada dalam diri kita ini ada perwatakan seorang ketua ataupun tidak.

Calon yang tak bersetuju pula kata nak jadi pekerja kerajaan, kena ada perwatakan seorang pengikut. Sebab pekerja kerajaan kan bekerja secara berkumpulan.


Tiada Siapa Yang Salah.

Sebenarnya, kesemua pendapat tu betul. Dan tak ada pendapat yang salah pun. Sebabnya ini hanyalah pendapat individu sahaja. Pendapat mereka itu pula dipengaruhi oleh karakter diri masing-masing.

Tapi anda perlu ingat, ini merupakan soalan psikometrik yang bersifat psikologi. Ujian psikologi bukanlah ujian nak cari siapa yang salah dan siapa yang betul.

Nak jawab soalan psikologi, anda perlu tahu terlebih dahulu soalan ini berada dalam kategori yang mana. Apabila anda tahu kategori soalan, jawapan anda nanti akan menghasilkan satu profil perwatakan yang lebih terarah.

Dalam bahasa mudah faham, pendirian dalam setiap jawapan tidak bercanggah antara satu sama lain.

Di bawah ini merupakan soalan-soalan yang sama kategori seperti soalan 1 di atas.

Soalan 2: Saya tidak sukakan perhatian.

A. Ya
B. Tidak


Soalan 3: Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang.

A. Ya
B. Tidak


Soalan 4: Saya mudah bertegur sapa dengan orang yang saya kenali sahaja.

A. Ya
B. Tidak


Soalan 5: Saya berusaha untuk mempengaruhi rakan-rakan.

A. Ya
B. Tidak


Nak Extra Soalan?

Anda mahukan lagi soalan seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.


Soalan 6: Kerja secara berkumpulan melambatkan keputusan dibuat.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7: Saya tahu cara membuat orang lain melihat sesuatu dengan cara saya.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8: Saya suka menerima arahan berbanding memberi arahan.

A. Ya
B. Tidak


Sikap Apa Cuba Dicungkil?

Bagi anda dah akses huraian jawapan soalan-soalan sebelum ini, saya pasti anda akan dapat agak apakah personaliti yang cuba dicungkil disebalik lapan soalan ini.

Saya huraikan secara terperinci setiap personaliti disebalik soalan-soalan ini. Dan cara paling mudah bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.


(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.