Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan psikometrik Pembantu Penguat Kuasa KP1 dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.
Sebelum cikgu kongsikan soalan psikometrik untuk Pembantu Penguat Kuasa KP1, cikgu ingin sedikit info ringkas mengenai ujian psikometrik terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, pada asalnya ujian ini dulu dikenali sebagai seksyen sahsiah dan minat. Namun pada akhir tahun 2012, ia telah ditukar kepada ujian psikometrik. Walaupun nama ujian ini telah ditukar, fungsi ujian ini tetap sama iaitu bertujuan untuk menilai personaliti dalam diri setiap calon.
Berbeza daripada ujian-ujian SPA yang lain, ujian psikometrik ini dianggap lebih mudah kerana ia menumpukan kepada pandangan peribadi calon.
Secara keseluruhan, soalan dalam ujian ini terdiri daripada beberapa pilihan jawapan. Ada soalan mempunyai dua pilihan jawapan, ada tiga dan ada juga soalan mempunyai lima pilihan jawapan.
“Kalau senang, mesti ramai akan lulus kan cikgu?”
Jangan buat andaian awal! Ujian psikometrik bukan bertujuan nak meluluskan calon sebenarnya. Tujuan utama ujian ini dijalankan ialah nak mengecilkan jumlah calon sahaja. Hanya calon-calon yang menepati perwatakan yang dicari oleh ketua jabatan sahaja akan diluluskan dalam ujian ini.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Soalan psikometrik tidak sama dengan soalan pengetahuan am. Soalan pengetahuan am dinilai berdasarkan fakta. Sebagai contoh, jika ditanya tentang siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, pasti jawapannya ialah Anwar Ibrahim.
Tapi berlainan dengan soalan psikometrik pembantu penguat kuasa, ianya tidak mempunyai jawapan yang tepat macam soalan pengetahuan am. Jawapan ujian ini bergantung sepenuhnya kepada sikap apa yang dicari oleh ketua jabatan.
Tujuan ujian psikometrik sama seperti ujian SPA yang lain. Matlamat utamanya adalah untuk menapis calon-calon berkualiti untuk mencapai peringkat ujian fizikal, seterusnya ke peringkat temuduga.
Saya pernah bertanya kepada kakitangan SPA mengapa ujian psikometrik adalah keperluan untuk memasuki sektor kerajaan.
Mereka menjawab bahawa mereka tidak mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan jumlah calon yang besar. Bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik pembantu penguat kuasa diumumkan, terdapat lebih daripada 20,000 calon yang dipanggil.
Adakah 20,000 calon ini akan dipanggil ke peringkat ujian fizikal? Andaikata 20,000 calon ini dipanggil ke ujian fizikal, agak-agak anda, berapa lama agaknya ujian fizikal ini akan berlangsung? Sebulan? Dua bulan? Setahun?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, itu betul. Jika ada 400 kekosongan jawatan, SPA hanya akan meluluskan 4,000 calon sahaja. Itu pun jika kekosongan jawatan banyak.
Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 1 kekosongan?
Ia bermaksud hanya 10 calon sahaja yang akan diluluskan oleh SPA. Apabila 10 calon ini dapat dipenuhi, calon yang lain akan digagalkan di atas alasan tidak memenuhi ciri-ciri penilaian bagi jawatan tersebut.
Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pembantu Penguat Kuasa KP1 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja pembantu penguat kuasa itu sendiri.
Antara skop tugas seorang Pembantu Penguat Kuasa KP1 di Kementerian Dalam Negeri ialah bertanggungjawab penyediaan statistik penguat kuasaan.
Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan ialah seorang yang bersikap teliti.
Penyediaan statistik penguatkuasaan dan rekod operasi memerlukan seseorang untuk sangat teliti dan berhati-hati. Setiap butiran perlu direkodkan dengan tepat dan benar.
Selain daripada sikap teliti, seorang pembantu penguat kuasa juga perlu ada kemahiran analisis. Tugas lain bagi seorang pembantu penguat kuasa ialah menyediakan rekod operasi dan pendakwaan.
Selain dari menyediakan data, seseorang juga perlu menganalisis rekod untuk mencari corak atau tren. Oleh itu, kemahiran analisis yang baik adalah sangat penting.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu penguat kuasa itu perlu bersikap teliti dan juga ada kemahiran analisis dalam diri mereka.
Sekiranya sikap-sikap ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik ini.
“Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan kemahiran analisis je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah sebahagian daripada skop tugasan sahaja. Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu penguat kuasa, itu anda boleh semak semula nanti.
Berdasarkan skop tugas tu, adakah anda mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
Jika anda mempunyai semua ciri-ciri tu, peluang anda untuk diluluskan dalam ujian akan semakin cerah. Pihak SPA hanya memilih calon-calon yang mempunyai ciri-ciri yang mereka cari sahaja untuk diluluskan dalam ujian ini.
Dalam ujian psikometrik pembantu penguat kuasa, anda akan diminta menjawab soalan-soalan yang mengandungi unsur-unsur penilaian penting oleh ketua jabatan.
Jawapan anda akan membentuk profil personaliti sebenar anda dan akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam ujian ini. Keputusan ujian ini bergantung pada sejauh mana personaliti anda memenuhi kriteria yang diingini oleh ketua jabatan.
Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.
Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
Soalan 3: Menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.
Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.
Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.
Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.
Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
Soalan 17: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.
Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.
Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
Soalan 21: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?
Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.
Soalan 23: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
Soalan 25: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
Soalan 26: Saya boleh bekerja secara berkesan dan dengan tekun, dengan sedikit ataupun tanpa seliaan.
Soalan 27: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.
Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang penguat kuasa?
Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini.
Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.
Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.
Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.
Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.
Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang
Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong
Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.
Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.
“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.
Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik dan paling positif. Sebenarnya salah pemahaman macam tu.
Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain. Dan tak akan ada sesuatu jabatan kerajaan itu dipenuhi dengan semua staf berperwatakan extravertion.
Tak percaya? Anda boleh check sendiri dekat pejabat kerajaan.
“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”
Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai.
Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan diberikan keutamaan. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mudah mesra yang wujud dalam diri mereka.
Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik
Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dipilih. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu dengan orang lain.
Tambahan pula, individu extravertion ini mempunyai ramai kenalan. Jadi, kebarangkalian untuk sesuatu maklumat terbocor tanpa sengaja itu tinggi.
Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon.
Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.
Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan.
Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan. Setuju tak?
Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.
Soalan 20: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul.
Opss.. ujian psikologi bukanlah bertujuan nak cari siapa yang betul dan siapa yang salah. Ianya hanyalah nak tahu 'siapakah anda yang sebenarnya' sahaja, tak lebih daripada itu.
Cikgu kongsikan banyak lagi soalan psikometrik sebenar & huraian jawapan dalam telegram ini. Antaranya soalan pasal goreng pisang di atas pun cikgu bagi huraian dalam telegram ini.
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah membuat latihan secara berterusan. Biasakan diri anda dengan soalan psikometrik Pembantu Penguat Kuasa KP1 agar dapat meningkatkan kepekaan anda terhadap soalan.
Anda perlu mengenal pasti elemen penilaian yang ingin diuji melalui setiap soalan dan jika anda dapat mengesan elemen penilaian tersebut, ia dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji ini. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik pembantu penguat kuasa.
Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Apa yang saya perasan, ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri.
Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.
Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu sokong. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penguat Kuasa KP1, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi ujian fizikal, seterusnya sesi temuduga pembantu penguat kuasa kelak. Aamiin.
Ps… Anda tahu tak trick licik pihak SPA menggagalkan calon? Jom baca dengan klik butang di bawah ini agar anda tidak menerima nasib yang sama seperti calon-calon sebelum ini.