Soalan Psikometrik PTD: Panduan Lengkap untuk Lulus Ujian

Pengenalan kepada Ujian Psikometrik PTD.

Ujian Psikometrik PTD adalah salah satu fasa saringan dalam pemilihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Ujian ini direka khas untuk mengukur kecenderungan personaliti, cara pemikiran logik serta kesesuaian calon dalam persekitaran kerja kerajaan.

Oleh itu, memahami bentuk soalan dan melakukan persediaan awal amat penting untuk meningkatkan peluang kejayaan.


Format dan Struktur Ujian Psikometrik PTD.

Merujuk kepada format ujian tahun lepas, calon perlu menjawab 564 soalan yang berfokus kepada penilaian personaliti.

Oleh itu, individu yang menduduki ujian ini harus memberikan jawapan yang mencerminkan konsistensi sikap serta pemahaman mendalam terhadap nilai kerja dalam sektor awam.


Sikap yang Dinilai dalam Ujian Psikometrik PTD.

Ciri-ciri yang dinilai dalam ujian ini berkait rapat dengan peranan dan tugas yang dipegang oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Skop tugas 1: Mewakili pegawai atasan ke mesyuarat melibatkan pelanggan dari dalam atau luar jabatan dan membuat tindakan susulan terhadap agenda yang dipersetujui.


1. Kecenderungan Sosial.

Tanggungjawab ini memerlukan individu yang mampu berkomunikasi secara profesional, menyampaikan maklumat dengan jelas serta mempertahankan kepentingan organisasi dalam perbincangan.

Calon yang mempunyai tahap kecenderungan sosial yang tinggi biasanya lebih selesa berbicara dalam kumpulan dan menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan dengan lebih mudah.

Selain itu, mereka juga mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi serta meyakinkan individu lain, yang menjadikan mereka aset penting dalam interaksi antara jabatan atau agensi.

Skop tugas 2: Mengkaji pendekatan kerja yang inovatif untuk diguna pakai demi merealisasikan matlamat jabatan dari semasa ke semasa.


2. Kecenderungan Keterbukaan.

Tugas ini memerlukan pegawai yang bersedia untuk menerima idea baharu serta berani mencuba kaedah yang belum pernah digunakan sebelum ini.

Ciri keterbukaan membantu individu menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah dan mencari pendekatan kerja yang lebih efektif.

Individu yang tinggi dalam keterbukaan lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, trend semasa serta kaedah pengurusan moden.

Sikap ini penting dalam memastikan jabatan terus berkembang selari dengan arus kemajuan.


Contoh Soalan Psikometrik PTD.

Di bawah ini merupakan soalan psikometrik PTD yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik sebelum ini.

Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 2: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 3: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 4: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 5: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 6: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 7: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 8: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 9: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Agak Setuju
E. Setuju
F. Sangat Setuju
G. Sangat Setuju Sekali


Soalan 10: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya



Strategi dan Teknik Menjawab Soalan Psikometrik PTD.

1. Baca dengan teliti – Soalan psikometrik sering kali mengandungi ayat yang hampir serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza.

2. Jaga konsistensi jawapan – Jawapan yang bercanggah boleh menimbulkan ketidakselarasan dalam keputusan penilaian.

3. Pilih jawapan yang seimbang – Elakkan jawapan yang terlalu ekstrem kerana ia mungkin menunjukkan ketidakseimbangan personaliti.

4. Berlatih secara berterusan – Melalui latihan, calon dapat mengenali pola soalan dan menjawab dengan lebih cepat serta tepat.


Sumber Latihan dan Rujukan untuk Ujian Psikometrik PTD.

Untuk meningkatkan persediaan, calon boleh merujuk kepada sumber berikut:

1. Buku panduan ujian psikometrik PTD – Banyak bahan bacaan tersedia yang mengandungi contoh soalan serta panduan menjawab.

2. Laman web & blog – Beberapa platform dalam talian menawarkan kuiz dan simulasi percuma.

3. Kursus persediaan berbayar – Jika ingin lebih fokus, terdapat program latihan khusus yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang psikologi.


Pengalaman Calon yang Berjaya dalam Ujian Psikometrik PTD.

Antara faktor yang membantu calon berjaya dalam ujian ini ialah:

1. Melakukan latihan secara berterusan sebelum menduduki ujian.
2. Memahami corak soalan dan teknik menjawab dengan cepat dan tepat.
3. Menjaga keselarasan dalam jawapan bagi menonjolkan personaliti yang konsisten.
4. Mempunyai kawalan emosi dan mengurus tekanan dengan baik agar dapat menjawab soalan dalam keadaan tenang.


Akhir Kalam.

Ujian psikometrik PTD adalah langkah pertama dalam proses pemilihan pegawai tadbir dan diplomatik.

Calon yang membuat persediaan rapi, memahami corak ujian, dan menguasai strategi menjawab soalan dengan bijak akan mempunyai kelebihan untuk lulus dalam ujian ini.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik PTD? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.


Copyright © 2025 Exam Psikometrik
Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions